Saturday, January 25, 2014

HAPPY CHINESE NEW YEAR

Kami dari warga Rahim Pokok Katering mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pelanggan kami dan kepada rakyat Malaysia terutama berbangsa Cina.

Yang benar,
Rahim Pokok Kabu Katering

Sunday, January 19, 2014

HUBUNGI KAMI DI RAHIM POKOK KABU KATERING

Kami mempunyai jadual yang padat. Alhamdullillah rezeki 2014. Kami mula menerima tempahan dari ramai pelanggan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin membuat rundingan, sila berhubung dengan pihak kami dengan segera. 

Jangan tangguh-tangguh.

Kami menanti panggilan dari anda!

+6013-435 0472 (En. Rahim)
+6019-4248301 (En. Rahim)
+6017-4126205 (En. Hamdan)
+604-7141130 (Pejabat dan faks)

Alamat Pejabat Urusan :

35, Taman Pinang Jaya,
Bukit Pinang, 06200,
Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Email : pokokkabu.katering@gmail.com

ROMANTIK ITU SUNNAH NABI

Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati… mungkin yang diketahui romantik sesama ‘couple’ …No..No..No.. ini romantik sesama pasangan suami isteri.. apa lagi… jom ramai-ramai kita pakat kahwin. Isy..Isy.. best oo kahwin… kalau tak percaya..cubalah kahwin.. hehehe..
Rasulullah Sollahhu ‘Alaihi Wasallam (SAW) adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. Allah membimbing baginda dengan didikan-Nya yang terbaik. Sehingga Allah berfirman kepada baginda seraya memuji baginda di dalam surah al-Qalam ayat ke-4 yang bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.”
Sifat-sifat yang sempurna inlah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah SAW. Membuatkan hati mereka mencintai baginda. Menempatkan baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi SAW berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya baginda.
Isteri Sebagai Bukti
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping baginda. Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumahtangga baginda. Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Aisyah RA, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah SAW seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah yang cukup romantis antara baginda dan isteri-isterinya. Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masakini menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga yang perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah SAW yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia. Namun atas tawaduk dan romantisnya baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Mandi Bersama
Diberitakan bahawa Rasulullah SAW pernah bermandi air cinta bersama isterinya. Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa  Aisyah berkata bahawa : ”Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq.” Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah. Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan.
Romantik gaya Rasulullah SAW boleh diteladani. Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan. Kita juga boleh mengambil sunnah-sunnah romantik Rasulullah SAW bermula dari sebelum keluar bekerja.
Hantar Isteri Keluar Rumah
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi SAW kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi SAW berkata :
“Jangan terburu-buru hingga aku mengiringimu (menemani sampai ke pintu).” [Hadis Bukhari dan Muslim]
Bahkan Nabi SAW turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda menekukkan lututnya. Lalu isteri baginda Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik atas unta.”
Bukakan Pintu Kereta
Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu. Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Bawa Isteri Jalan-Jalan
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi SAW bersama isterinya. Diberitakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa ”Rasulullah apabila datang waktu malam, baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.”
Malah apabila baginda ingin keluar baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar. Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah RA tidak turut diundang bersama. (Hadis riwayat Muslim)
Suapkan Makanan
Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya. Sepertimana dalam sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi SAW : “Sesungguhnya apapun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” Walaupun hadis ini berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan?
Belaian & Bermanja
Belaian terhadap isteri dapat memupuk kasih antara sesama pasangan. Nabi SAW dalam satu riwayat Ahmad berkata bahawa :
“Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.”
Adakalanya romantisnya Nabi SAW sehinggakan beliau sengaja bermanja dengan menyandarkan kepalanya kepangkuan isterinya sepertimana yang dipertuturkan Aisyah RA dalam Sahih Bukhari bahawa “Nabi SAW membaca al-Quran (mengulang hafalan) dan kepalanya berada di pangkuanku sedangkan aku dalam keadaan haid.”
Bahkan amalan ini berlarutan sehingga detik-detik akhir hayat Rasulullah SAW. Aisyah berkata ”Ketika maut menghampiri Rasulullah SAW, kepala baginda berada diatas pahaku.”
Ada suatu hari ketika Aisyah sedang asyik menyaksikan kanak-kanak bermain bersama ibu mereka, datang baginda Nabi SAW mengangkat Aisyah. Lalu baginda mendukung Aisyah di belakang beliau. Aisyah menuturkan bahawa :
“Baginda mendirikanku di belakang dan pipiku di atas pipi baginda. Ku letakkan bahuku di atas bahu Rasulullah SAW”. (Bukhari dan Muslim). Begitu juga isteri Nabi SAW sentiasa mendapat kucupan mesra daripada Nabi SAW ketika ingin pergi ke masjid.
Pengubat Hati 
Rasulullah bukan seorang yang kaku dan keras. Ia juga seorang manusia yang mempunyai emosi tersendiri. Pemergian baginda telah membuatkan kehangatan rasa rindu di kalangan isterinya. Dikala isteri kesunyian, hadirnya mengungkap keriangan. Sewaktu isteri dalam kedukaan, baginda bukanlah sekadar pemerhati. Namun baginda juga sebagai ubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah bahawa :
“Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Bukhari dan Muslim)
Hadirnya Nabi SAW mengubat hati para isteri.
Bergurau Senda
Baginda paling banyak bergurau senda bersama isterinya. Suatu hari datang Saodah (salah seorang isteri Nabi SAW) ke rumah Aisyah. Lalu Nabi SAW duduk di antara Aisyah dan Saodah dan meletakkan kaki beliau diatas pangkuan mereka. Ketika Aisyah menjemput Saodah makan, ia menolaknya kerana tidak berselera. Lalu Aisyah berkata :
“(Demi Allah), makanlah atau aku akan mengotori wajahmu.”
Saodah menolak dengan berkata : “Aku tidak akan memakannya.”
Lalu Aisyah mengambil makanan dan disapukan ke wajah Saodah. Rasulullah SAW tertawa. Kemudian Rasulullah menyuruh Saodah membalas semula dengan mengotori wajah Aisyah. Setelah Saodah mengotori wajah Aisyah, Rasulullah terus tertawa. (an-Nasai’e, Ibn Abi Dunya)
Kisah ini merupakan senda gurau Nabi SAW bersama isteri-isterinya. Pernah juga Rasulullah memujuk Aisyah untuk menghilangkan marahnya dengan sengaja memegang hidung Aisyah seperti dalam riwayat Ibnu Sunni.
Begitu romantisnya rumahtangga Rasulullah SAW. Mungkin inilah rahsia cinta sejati yang kekal ke akhir hayat Nabi SAW. Beramah mesra, bergurau senda, belaian dan sentuhan.
Panggilan Manja
Sehinggalah ayat-ayat cinta terukir dari bibir seorang Nabi dengan memanggil panggilan manja terhadap isterinya. Suara indah memanggil “Ya Humaira” kepada Aisyah yang bermaksud “Wahai si putih kemerah-merahan atau Mawar merah”. Ia membuatkan ikatan itu lebih intim.
Adakalanya Nabi SAW memanggil Aisyah dengan singkatan manja “Ya Aisy” yang bermaksud kehidupan ketika mana beliau menyampaikan salam daripada Malaikat Jibril untuk Aisyah RA. Dengan membuang huruf terakhir itu menunjukkan besarnya rasa cinta, kemanjaan dan kesayangan yang ditonjolkan dari Nabi SAW.
Jangan Malu Jadi Romantik
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi SAW. Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan. Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi SAW. Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama. Nabi SAW tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumahtangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati. Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa bergurau senda dan bermesra seakan-akan baru sehari diijabkabulkan.
Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri. Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami; adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet?
Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi SAW.

Penulis : Mohd Kassim

KENDURI DAN MAJLIS DARI RAHIM POKOK KABU KATERING

Diantara majlis perkahwinan pelanggan-pelanggan kami :

























Sekiranya anda berminat, segeralah berhubung dengan akmi!



Saturday, January 18, 2014

TIPS

"Play up your bridal beauty with elegant hairstyles, makeup and perfume. From glamorous to understated we have stunning looks for every bride"









From us with love,
Rahim Pokok Kabu Katering.

PAKEJ PERKHIDMATAN YANG TURUT KAMI SEDIAKAN

Selain dari Pakej Perkahwinan, kami turut menawarkan paker perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan. Sekiranya anda berminat, sila maklumkan kepada pihak kami untuk urusan berkenaan.

Diantara perkhidmatan yang kami tawarkan :

- Katering
- Khemah Perkahwinan Beraneka
- Pelamin Raja Sehari
- Dekorasi Kerusi dan Meja para tetamu
- Pinggan Mangkuk
- DJ & PA System
- Kompang
- Make-Up Artist
- Red Carpet
- Pramusaji bagi mempelai dari badan beruniform
- Kek Pengantin, Muffin dan Cupcakes
- Artis Undangan

PAKEJ PERKAHWINAN YANG KAMI TAWARKAN

Dengan secara layan diri pada harga yang kompetitif iaitu RM 6 seorang (bergantung kepada lokasi kenduri perkahwinan)

Syarat-syarat :

- Minimum 1000 orang

Menu yang kami tawarkan adalah :

- Nasi Hujan Panas / Carrot / Tomato dan lain-lain (permintaan pelanggan)
- Ayam Masak Merah
- Daging Masak Hitam
- Dalca / Pajeri Nenas
- Acar Timun / Jelatah
- Buah-buahan segar
- Minuman

*Menu diatas adalah bergatung kepada kehendak pelanggan. Sekiranya pelanggan mempunyai idea untuk majlis mereka, rundingan akan dibuat bagi memuaskan hati pelanggan.
**Air mineral disediakan
***Backdrop bagi Meja Makan Raja Sehari disediakan PERCUMA.
****Sekiranya, pelanggan berhasrat untuk menggantikan menu Ayam Masak Merah kepada hidangan Ayam Goreng Berempah Warisan, pihak kami akan menyediakan hidangan tersebut di rumah kenduri perkahwinan tersebut bagi mengekalkan keaslian dan kualiti masakan tersebut.

Harga RM 6 adalah sangat berpatutan kerana kami menawarkan bersama secara PERCUMA :

- Pinggan Mangkuk
- Kerusi dan Meja
- Khemah biasa
- Pramusaji

Manakala, bagi hidangan untuk VIP iaitu Pengantin adalah seramai 20 orang dan ia adalah PERCUMA!


Sunday, January 12, 2014

Kronologi Rahim Pokok Kabu Katering

Mula ditubuhkan pada sekitar tahun 2010 dan memulakan perniagaan di Bukit Pinang, Alor Setar, Rahim Pokok Kabu Katering memulakan langkah dari tapak yang kecil. Diuruskan oleh pengurus besar iaitu Encik Rahim Bin Md. Sharif, turut dibantu oleh saudara terdekat, memulakan langkah dan tidak lagi berpaling ke belakang.

Rahim Pokok Kabu Katering, nama besar di kawasan utara negeri Kedah Jelapang Padi, bukanlah satu katering yang menjalankan perniagaan secara 'tangkap muat'. Pengalaman yang diperolehi oleh Encik Rahim semasa beliau berkhidmat di Hotel Grand Crystal, Alor Setar dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjaga kepuasan pelanggan dan kualiti makanan.

Sebelum menubuhkan Rahim Pokok Kabu Katering, Encik Rahim memulakan kerjaya di Hotel Grand Crystal dari peringkat bawah sehingga jawatan terakhir iaitu Chef professional. Beliau berkhidmat lebih 15 tahun di hotel tersebut. Beliau bertanggungjawab menyediakan masakan-masakan Melayu, Cina dan India dan menyelia hampir 20 orang kakitangan dibawahnya. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menguruskan jamuan-jamuan, majlis-majlis dan keraian-keraian dari segenap peringkat dari pihak swasta sehingga kerajaan termasuklah dif-dif kehormat, VIP dan VVIP dari pelusuk negara. Pengalaman dan kepakaran beliau dilihat sebagai batu loncatan dan aset penting kepada Rahim Pokok Kabu Katering yang mementingkan kualiti masakan dan perkhidmatan kepada setiap pelanggan.

Beliau meninggalkan kerjaya Chef untuk memulakan sesuatu yang baru. Tahun 2007 adalah cabaran baru buat beliau. Dari tempoh 2007 sehingga 2010, beliau melakukan pelbagai pekerjaan terutama sekali bidang masakan. Memulakan perniagaan gerai sendiri iaitu Rahim's Corner dengan menyediakan masakan beraneka seperti masakan Melayu, Cina dan India. Beliau turut mengambil inisiatif berniaga di Bazar-Bazar Ramadhan dengan menu utama yang dgemari penduduk setempat iaitu kari kepala ikan. 

Beliau terus mengorak langkah dengan menyediakan jamuan-jamuan di pejabat-pejabat swasta dan kerajaan  serta dibantu isteri tercinta. Pelanggan-pelanggan yang inginkan jamuan-jamuan sempena mesyuarat serta majlis kebiasaannya akan menghubungi Encik Rahim dan diantaranya adalah Wisma Darul Aman dimana Dato'-Dato' serta tetamu kehormat lain adalah perkara biasa yang menjadi pelanggan beliau.

Terdapat juga jamuan-jamuan Hari Raya yang memilih Encik Rahim sebagai caterer bagi aktiviti rumah terbuka. Beliau turut menyediakan kek-kek dan pencuci mulut dalam setiap majlis tersebut. Menu nasi lemak dan bihun adalah perkara biasa bagi beliau dan pelanggan-pelanggan sentiasa tahu keistimewaan Pokok Kabu Katering.

Sejurus tahun 2010, Rahim Pokok Kabu Katering ditubuhkan dan bermula secara kecil-kecilan di Taman Mergong Jaya. Permulaan yang sentiasa memberikan ingatan dan pengajaran. Memulakan perniagaan tanpa sebarang kemudahan seperti kereta, berbekalkan sebuah motor, Rahim Pokok Kabu Katering terus kehadapan dan tidak lagi melihat kebelakang. Kemudian, menyewa peralatan memasak dan kenderaan. Pelaburan tersebut memberikan pulangan sehingga kini. Kedai beliau pernah dilanda banjir dan hampir kesemua alat memasak rosak namun ia tidak mematahkan semangat. 

Bagi beliau, kualiti makanan dan kepuasan pelanggan adalah penting. Makan, orang akan ingat sampai bila-bila. Sedap atau tidak, itulah tanggungjawab beliau. Berpegang kepada prinsip 'Kualiti dan Kepuasan Anda adalah Keutamaan Kami', dan kerana itu beliau hanya mengambil dua pelanggan sahaja pada satu hari bagi mencapai prinsip tersebut. Nilai inventori pada masa kini adalah lebih RM 100,000 dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Dimana sahaja beliau diperlukan, beliau akan memberikan perkhidmatan terbaik. Pernah ke Padang Besar, Pantai Merdeka untuk majlis kenduri kahwin, beliau akan memberikan yang terbaik bagi setiap pelanggan yang memilih Pokok Kabu Katering.

Oleh itu, Rahim Pokok Kabu Katering bersedia untuk memberikan kenangan manis buat anda yang memilih kami sebagai caterer majlis anda. Perkhidmatan lain seperti pelamin, DJ dan lain-lain turut disediakan dan terpulang kepada anda untuk mencorak majlis bagaimana yang anda impikan!

RAHIM POKOK KABU KATERING